Wednesday, October 20, 2010

Salah Siapa..??

aku kembali mencoret...cuma apa yg ingin ku lontarkan pandangan ialah berkaitan dengan tarikh keramat bagi sesetengah pasangan pengantin. Mungkin bagi mereka tarikh dan nombor tersebut agak unik dan menarik untuk menjadi sejarah yang perlu dikenang..itulah  tarikh 10.10.2010 .

bagaimana pula dengan keluarga dan mangsa yang terlibat dalam kemalangan ngeri yg mengorbankan hampir 13 penumpang..?? sudah tentu bagi mereka yg melalui saat getir itu menjadi titik hitam yg tidak mungkin terpadam dalam ingatan mangsa mahupun keluarga mangsa....

dalam soal ini siapa yg harus dipersalahkan...?? adakah kerana kurangnya "Penguatkuasaan " , adakah kerana faktor " Jalanraya " atau adakah kerana faktor " Kenderaan "...??  Pelbagai alasan boleh diberikan...pelbagai andaian boleh di ceritakan..tetapi buat lah alasan macam mana pun..buat lah cerita macam manapun...kemalangan yang melibatkan kenderaan awam tetap juga berlaku...!! Apa rasional nya fungsi-fungsi Agensi-agensi yg terlibat..sepert JPJ...LKPK...JKJR ..dan yang lain-lain.,,??

Bagi pandangan aku yg cetek nie...cuma satu..." PENGUATKUASAAN TEGAS DAN  BERTERUSAN " bukan nya sekadar buat OPS..itu...OPS ini...pada musim-musim perayaan sahaja.  Kita sendiri tahu..setiap agensi sudah mempunyai kenderaan yang boleh dikategorikan sebagai "advance"  dan sepatutnya kenderaan2 ini lah akan memantau keadaan di Lebuhraya jika ada kenderaan awam mahupun kenderaan persendirian yg melakukan kesalahan  mereka boleh memintas dan mengenakan tindakan pada mereka.  Cuba ambil contoh seperti di negara jiran kita di selatan. Bagaimana mereka membuat penguatkuasaan yg tegas , pantang laju sikit..terus kelibat pihak berkuasa di sebelah kita.....

Selain dari itu kita sendiri juga memainkan peranan besar..jangan tunjuk lagak sombong bodoh biarpun kita berkereta besar Bertolak ansur sesama kita..tidak ada ruginya...sekurang-kurangnya dapat mengelakkan kemalangan yg mungkin boleh berlaku...fikir2 fikir laahhhh...

~ gmbar ehsan dr beberapa blogs....

No comments:

Post a Comment