Saturday, October 23, 2010

sembang dalam kereta

Petang tadi balik dari pejabat terus ke Gemas...ambil abah dan bawa ke Melaka...dlm perjalanan Gemas - Melaka..kami bersembang perihal politik terkini ...isu2 semasa..!! banyak yg aku pelajari perihal semangat pemimpin Melayu masa dulu..yg berani dan bersemangat dalam membantu golongan bumiputera..!

Bermula dengan kisah Tunku Abd. Rahman .. Tun Abdul Razak...Dato Harun...Dato Onn ..Tun Hussin Onn dan ada beberapa nama lagi yg disebut oleh abah ..hinggalah ke zaman Tun Mahathir..Pak Lah...dari zaman era komunis hingga ke zaman sekarang . Kami bercerita dan bertukar pandangan...! Walaupun abah hanya ahli biasa dalam sebuah parti politik dan juga  merupakan pesara kerajaan tapi pandangan dan pendapat beliau serta semangat Melayu tetap tinggi ! Aku rasa orang-orang lama yang sezaman dengan abah memang mempunyai semangat kemelayuan dan semangat keberanian yang tinggi...

Moral yg aku dapat sepanjang perbualan kami .Orang dulu berjuang tanpa mengira pangkat..darjat...wang ringgit !  Mereka berjuang dengan nawaitu yang ikhlas demi melihat bangasa Melayu terus maju dan mampu bersaing dengan bangsa lain..! Mereka berjuang demi memartabatkan bangsa sendiri agar tidak terus dijajah dan terjajah malahan mereka bersatu hati dalam menangani setiap perbalahan serta bersama-sama mempertahankan Hak dan Kedaulatan bangsa Melayu ...beruntung aku dapat seorang ahli pemikir yg dapat aku berkongsi idea dan pandangan serta berkongsi pendapat.... itulah BAPA ku...~

~gambar dari sumber internet..

No comments:

Post a Comment